Saturday, 10 December 2011

Haiwan Herbivor Yang Merbahaya

Sebahagian besar orang menganggap bahawa haiwan-haiwan pemakan daging atau karnivor adalah haiwan yang sangat merbahaya, kerana memang begitulah adanya. Banyak haiwan pemakan daging atau karnivor yang kedapatan mencelakakan atau membunuh manusia seperti singa, harimau, buaya dan lain-lain.

Tetapi bukan bererti bahawa haiwan herbivor atau haiwan pemakan tumbuh-tumbuhan bukan haiwan yang merbahaya!

Mari kita lihat bersama-sama tentang haiwan-haiwan herbivor yang paling merbahaya melalui tontonan video You Tube "Top 10 Most Dangerous Herbivore Animals".




Selain daripada itu, Gelada Baboon, Gorila dan Kasuari juga merupakan haiwan herbivor yang merbahaya.

Gelada Baboon
Gelada Baboon adalah salah satu primat berbadan besar yang berasal dari daerah Afrika Timur terutama dari daerah Eithiopia, makanan mereka terdiri daripada rumput dan daun. Gelada baboon terbiasa hidup damai bersama kelompoknya, namun saat salah satu anak atau anggota kelompoknya merasa terancam, maka mereka akan segera menyerang secara membabi-buta dengan gigi tajam dan cakar mereka, tak peduli itu manusia atau haiwan lain yang lebih besar dan buas.




Gorila
Gorila adalah jenis primat yang terbesar. Makanan gorila terdiri daripada sayur-sayuran. Gorila memiliki lengan besar dan gigi taring mereka yang tajam bak pisau. Mereka dapat berjalan lebih cepat daripada manusia, seekor gorila yang jengkel dapat membunuh anda dalam waktu beberapa detik hanya dengan menggigit anda serta mencabik-cabik kulit dan daging anda.





Kasuari

Burung kasuari adalah salah satu spesies burung terbesar di wilayah Papua new Guinea dan Australia, burung Vegetarian yang biasanya sangat gemar dengan wortel(sejenis lobak merah) dan pepaya(betik). Burung ini memang tak memiliki paruh yang cukup tajam, namun tendangan kakinya sangat mematikan, perpaduan ketajaman cakar dan tenaga tendanganya mungkin cukup untuk membawa anda ke rumah sakit hanya dengan satu tendangan.

Friday, 9 December 2011

Herbivor, Karnivor dan Omnivor

Secara keseluruhannya, keterangan yang lebih lanjut mengenai haiwan herbivor, karnivor dan omnivor dapat dilihat secara terperinci lagi melalui video You Tube yang berjudul "Carnivore - Herbivore - Omnivore".


Bagaimana pula cara untuk membezakan antara haiwan herbivor, karnivor dan omnivor? Untuk mengetahui jawapannya, marilah kita menonton video melalui You Tube yang berjudul "Carnivores, Herbivores and Omnivores".


Sebenarnya, kita boleh membezakan antara haiwan herbivor, karnivor dan omnivor berdasarkan struktur gigi mereka.

Struktur Gigi Haiwan Herbivor



Haiwan herbivor mempunyai gigi kacip dan gigi geraham yang lebar dan rata. Kebanyakan haiwan herbivor tidak mempunyai gigi taring. Mereka menggunakan gigi kacip atau geraham untuk mengunyah makanan sebelum menelan. Rahang haiwan herbivor dapat bergerak menyamping selain gerakan ke atas bawah. Pergerakan ini berfungsi untuk menggiling sayur dan buah-buahan.

Struktur Gigi Haiwan Karnivor


Haiwan karnivor mempunyai gigi kacip yang pendek dan tajam. Gigi taringnya panjang, tajam dan melengkung. Manakala gigi gerahamnya juga tajam, bergerigi dan berbentuk pisau. Bentuk gigi taring haiwan karnivor sangat tajam dan besar yang mana berfungsi untuk mengoyak daging. Rahang haiwan karnivor hanya dapat bergerak ke atas bawah. Haiwan karnivor tidak memerlukan gerakan menggiling, ini kerana mereka terus menelan makanannya.

Struktur Gigi Haiwan Omnivor


Haiwan omnivor mempunyai gigi kacip yang lebar dan rata. Gigi taring yang pendek dan tumpul serta gigi geraham yang juga rata. Haiwan omnivor juga akan mengunyah makanan sebelum menelan. Seperti haiwan herbivor, rahang omnivor juga dapat bergerak menyamping selain gerekan ke atas bawah.