Saturday 10 December 2011

Haiwan Herbivor Yang Merbahaya

Sebahagian besar orang menganggap bahawa haiwan-haiwan pemakan daging atau karnivor adalah haiwan yang sangat merbahaya, kerana memang begitulah adanya. Banyak haiwan pemakan daging atau karnivor yang kedapatan mencelakakan atau membunuh manusia seperti singa, harimau, buaya dan lain-lain.

Tetapi bukan bererti bahawa haiwan herbivor atau haiwan pemakan tumbuh-tumbuhan bukan haiwan yang merbahaya!

Mari kita lihat bersama-sama tentang haiwan-haiwan herbivor yang paling merbahaya melalui tontonan video You Tube "Top 10 Most Dangerous Herbivore Animals".




Selain daripada itu, Gelada Baboon, Gorila dan Kasuari juga merupakan haiwan herbivor yang merbahaya.

Gelada Baboon
Gelada Baboon adalah salah satu primat berbadan besar yang berasal dari daerah Afrika Timur terutama dari daerah Eithiopia, makanan mereka terdiri daripada rumput dan daun. Gelada baboon terbiasa hidup damai bersama kelompoknya, namun saat salah satu anak atau anggota kelompoknya merasa terancam, maka mereka akan segera menyerang secara membabi-buta dengan gigi tajam dan cakar mereka, tak peduli itu manusia atau haiwan lain yang lebih besar dan buas.




Gorila
Gorila adalah jenis primat yang terbesar. Makanan gorila terdiri daripada sayur-sayuran. Gorila memiliki lengan besar dan gigi taring mereka yang tajam bak pisau. Mereka dapat berjalan lebih cepat daripada manusia, seekor gorila yang jengkel dapat membunuh anda dalam waktu beberapa detik hanya dengan menggigit anda serta mencabik-cabik kulit dan daging anda.





Kasuari

Burung kasuari adalah salah satu spesies burung terbesar di wilayah Papua new Guinea dan Australia, burung Vegetarian yang biasanya sangat gemar dengan wortel(sejenis lobak merah) dan pepaya(betik). Burung ini memang tak memiliki paruh yang cukup tajam, namun tendangan kakinya sangat mematikan, perpaduan ketajaman cakar dan tenaga tendanganya mungkin cukup untuk membawa anda ke rumah sakit hanya dengan satu tendangan.

Friday 9 December 2011

Herbivor, Karnivor dan Omnivor

Secara keseluruhannya, keterangan yang lebih lanjut mengenai haiwan herbivor, karnivor dan omnivor dapat dilihat secara terperinci lagi melalui video You Tube yang berjudul "Carnivore - Herbivore - Omnivore".


Bagaimana pula cara untuk membezakan antara haiwan herbivor, karnivor dan omnivor? Untuk mengetahui jawapannya, marilah kita menonton video melalui You Tube yang berjudul "Carnivores, Herbivores and Omnivores".


Sebenarnya, kita boleh membezakan antara haiwan herbivor, karnivor dan omnivor berdasarkan struktur gigi mereka.

Struktur Gigi Haiwan Herbivor



Haiwan herbivor mempunyai gigi kacip dan gigi geraham yang lebar dan rata. Kebanyakan haiwan herbivor tidak mempunyai gigi taring. Mereka menggunakan gigi kacip atau geraham untuk mengunyah makanan sebelum menelan. Rahang haiwan herbivor dapat bergerak menyamping selain gerakan ke atas bawah. Pergerakan ini berfungsi untuk menggiling sayur dan buah-buahan.

Struktur Gigi Haiwan Karnivor


Haiwan karnivor mempunyai gigi kacip yang pendek dan tajam. Gigi taringnya panjang, tajam dan melengkung. Manakala gigi gerahamnya juga tajam, bergerigi dan berbentuk pisau. Bentuk gigi taring haiwan karnivor sangat tajam dan besar yang mana berfungsi untuk mengoyak daging. Rahang haiwan karnivor hanya dapat bergerak ke atas bawah. Haiwan karnivor tidak memerlukan gerakan menggiling, ini kerana mereka terus menelan makanannya.

Struktur Gigi Haiwan Omnivor


Haiwan omnivor mempunyai gigi kacip yang lebar dan rata. Gigi taring yang pendek dan tumpul serta gigi geraham yang juga rata. Haiwan omnivor juga akan mengunyah makanan sebelum menelan. Seperti haiwan herbivor, rahang omnivor juga dapat bergerak menyamping selain gerekan ke atas bawah.

Wednesday 7 December 2011

Tabiat Makan Haiwan - Haiwan Omnivor

Haiwan Omnivor

Haiwan omnivor merupakan haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain sebagai makanan. Antara contoh haiwan omnivor dan makanannya adalah seperti berikut:

 Haiwan Omnivor
 Makanan









Kucing


Tikus

Ikan-ikan

Nasi


Ayam

Gagak


Itik



Cacing

Bijirin

Serangga














Monyet


Serangga

Buah-buahan

Daun

Tuesday 6 December 2011

Tabiat Makan Haiwan - Haiwan Karnivor

Haiwan Karnivor

Haiwan karnivor merupakan haiwan yang makan daging binatang sahaja sebagai makanan. Antara contoh haiwan karnivor dan makanannya adalah seperti berikut:


  Haiwan karnivor
  Makanan

Singa

Harimau bintang

Harimau







Rusa

Arnab



 
Helang

Ular



Tikus

Katak


 
Labah-labah

Cicak

Katak







Serangga



Ikan paus

Singa laut







Ikan-ikan

Monday 5 December 2011

Tabiat Makan Haiwan - Haiwan Herbivor

Kebanyakan haiwan dapat dikelaskan kepada tiga kumpulan utama mengikut tabiat makannya, iaitu:
  1. Haiwan herbivor
  2. Haiwan karnivor
  3. Haiwan omnivor
Haiwan Herbivor

Haiwan herbivor merupakan haiwan yang makan tumbuh-tumbuhan sahaja. Antara contoh haiwan herbivor dan makanannya adalah seperti berikut:

 Haiwan herbivor
 Makanan

Burung Madu

Lebah

Rama-rama














Madu bunga


Beluncas

Siput

Belalang














Daun


Lembu

Kambing

Kuda
















Rumput


Burung kakak tua

Biji benih


Beruang panda


Pucuk buluh