Monday 26 September 2011

My School Wu Teck

SJK(C) Wu Teck telah ditubuhkan pada tahun 1916. Ia merupakan sebuah sekolah Jenis Kebangsaan yang terletak di Bagan Hylam. Kini, ianya telah menjangkaui 95 tahun. Disebabkan peredaran zaman, pemuda-pemudi di Bagan Hylam banyak berpindah ke bandar untuk mencari rezeki. Ini menyebabkan sumber murid-murid semakin berkurangan. Akibatnya, sekolah ini secara beransur-ansur telah bertukar menjadi sebuah sekolah kurang murid (SKM).

SJK(C) Wu Teck dibina di pinggir laut. Oleh sebab itu, ruangan yang diperuntukkan adalah terhad. Papan menjadi bahan binaan yang utama. Bangunan sekolah kecil dan usang. Sekolah ini hanya mempunyai 3 buah bilik darjah, di mana 2 darjah dicantumkan di dalam 1 kelas iaitu Tahun 1 & 2 sekelas, Tahun 3 & 4 sekelas dan Tahun 5 & 6 sekelas. Selain itu, ia juga mempunyai sebuah perpustakaan dan bilik komputer. Kemudahan asas seperti kantin dan padang tidak terdapat di sekolah ini.

Pada tahun 2011, SJK (C) Wu Teck hanya memiliki 17 orang pelajar lelaki dan 17 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 34 orang. Bilangan guru seramai 6 orang.
Disebabkan ruangan yang terhad, maka tempat awam ini telah dijadikan sebagai tempat perhimpunan pada setaip hari Isnin.