Saturday 29 October 2011

Haiwan Vertebrata

Haiwan vertebrata adalah kumpulan haiwan yang mempunyai tulang belakang. Dalam sistem pengekelasan saintifik, haiwan vertebrata merupakan subfilum dari filum chordata. Haiwan vertebrata mempunyai tulang yang terentang dari belakang kepala hingga bahagian ekor, mempunyai otak yang dilindungi oleh tengkorak, mempunyai kepala, leher, badan dan ekor.

Haiwan vertebrata juga mempunyai tubuh bersimetri bilateral dan sistem tubuh yang beruas juga mempunyai endoskeleton dan tulang belakang sebagai penguat dan dilapisi otot-otot yang melekat pada kerangka. Untuk penerangan yang lebih lanjut, bolehlah menonton video melalui You Tube yang berjudul " Vertebrate Animals"


Haiwan bertulang belakang (vertebrata) boleh dibahagi kepada lima kelas mengikut sifat fizikal dan cirinya, iaitu:  
  1. Ikan
  2. Amfibia
  3. Reptilia
  4. Burung
  5. Mamalia
1. Ikan
Sifat fizikal
  1. Hidup di dalam air
  2. Badan bersimetri bilateral
  3. Mempunyai sisik dan berlendir
  4. Mempunyai sirip untuk bergerak
  5. Bernafas melalui insang
  6. Membiak secara bertelur
  7. Berdarah sejuk
Contoh haiwan : Ikan emas


2. Amfibia
Sifat fizikal
  • Hidup di darat dan air
  • Mempunyai kulit yang lembap
  • Bertelur di dalam air
  • Kaki belakang berotot kuat
  • Mempunyai selaput renang pada kaki
  • Telur tiada cangkerang
  • Peringkat anak dipanggil berudu, hidup di dalam air dan bernafas melalui insang dan apabila dewasa hidup di darat dan bernafas menggunakan paru-paru
  • Berdarah sejuk
  • Mempunyai jantung tiga ruang ( 1 ventrikal, 2 atrium)
  • Mempunyai struktur gigi, iaitu gigi maxilla dan gigi palatum
  • Kulit memiliki dua kelenjar iaitu kelenjar mukosa dan kelenjar berbintil (biasanya beracun)
  • Mempunyai kelopak mata dan kelenjar air mata yang berkembang baik
  • Pada mata terdapat membran nictitans yang berfungsi untuk melindungi mata dari debu, kekeringan dan keadaan lain yang menyebabkan kerosakan pada mata
  • Mempunyai selaput renang pada kaki
Contoh haiwan : Katak
3. Reptilia
Sifat fizikal
  • Kulit bersisik dan kering
  • Bernafas melalui peparu
  • Bertelur dan telur bercangkerang keras
  • Sesetengah reptilia berkaki empat dan sesetengahnya tidak berkaki (ular)
  • Berdarah sejuk (berubah mengikut suhu persekitaran)
  • Mempunyai jantung 4 ruang (ventrkal kanan dan kiri tidak sempurna menyebabkan percampuran darah berlaku)
  • Kulitnya kering dan bersisik keras
Contoh haiwan : Kadal kebun



4. Burung
Sifat fizikal
  • Badan dilitupi bulu pelepah
  • Mempunyai paruh dan sepasang sayap
  • Mempunyai sisik pada kaki
  • Bertelur dan telur dilitupi cangkerang
  • Bernafas melalui paru-paru
  • Berdarah panas
Contoh haiwan : Kiwi


5. Mamalia
Sifat fizikal
  • Badan dilitupi bulu
  • Mempunyai cuping telinga
  • Mempunyai kelenjar peluh
  • Mamalia betina melahirkan dan menjaga anak kecuali yang primitif
  • Bernafas melalui paru-paru
  • Berdarah panas( suhu badan tetap)
  • Mempunyai jantung empat ruang yang sempurna
  • Mempunyai saraf tunjang
  • Badan dilitupi bulu
  • Mempunyai kelenjar susu
Contoh haiwan : Monyet

Thursday 27 October 2011

Haiwan Invertebrata

Pada amnya, haiwan boleh dikelaskan kepada 2 kumpulan utama, iaitu:
1. Haiwan tidak bertulang belakang (invertebrata)
2. Haiwan bertulang belakang (vertebrata)

Haiwan tidak bertulang belakang (invertebrata)

Apa dia haiwan invertebrata? Jika ingin mengetahuinya, silalah menonton video You Tube yang berjudul "An invertebrate is an animal without a backbone".



Setelah menontonnya, adakah anda telah mendapat gambaran yang jelas mengenai apa dia haiwan invertebrata? Sekarang, marilah kita bersama-sama mengenalinya dengan lebih terperinci lagi melalui contoh-contoh yang diberikan seperti berikut:

A. Haiwan bercangkerang seperti udang, siput babi, ketam dan kura-kura.

Udang


Siput Babi


Ketam


Kura-kura

B. Haiwan berkepak dan berkaki enam seperti rama-rama, lipas dan nyamuk.

Rama-rama


Lipas


Nyamuk


C. Haiwan berkulit licin, lembap dan lembut seperti pacat, cacing tanah dan ubur-ubur.


Pacat


Cacing tanah


Ubur-ubur

D. Haiwan berkaki lebih daripada enam seperti labah-labah, lipan dan kala jengking


Labah-labah


Lipan


Kala jengking



Sunday 23 October 2011

Bahagian Luaran Haiwan

Setelah mempelajari mengenai sifat fizikal haiwan pada tempoh hari, tibalah masa untuk kita sama-sama mempelajari dengan lebih terperinci mengenai bahagian-bahagian tertentu pada badan haiwan.

1) Haiwan berbulu


2) Haiwan berbulu pelepah




3) Haiwan bersisik



4) Haiwan bercangkerang



5) Haiwan Berkaki


Wednesday 19 October 2011

Haiwan

Sifat Fizikal Haiwan

Terdapat pelbagai jenis haiwan di alam ini. Kita boleh mengelaskan haiwan mengikut sifat fizikalnya yang sama. Sifat haiwan merujuk kepada sifat luaran yang dapat dilihat pada haiwan itu. Sifat fizikal haiwan termasuk berbulu, berbulu pelepah, bersisik, berkaki, bercangkerang dan berkepak.

Marilah kita bersama Fifi dan Ali mengenali sifat fizikal haiwan melalui paparan You Tube yang berjudul "Animal Features with Fifi and Ali"



Setelah mendapat gambaran mengenai apakah yang dimaksudkan dengan sifat fizikal haiwan. Sekarang, tibalah masa untuk kita mengelaskan haiwan-haiwan berdasarkan sifat fizikal mereka.

A) Haiwan berbulu

Haiwan berbulu boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:

1) Haiwan berbulu halus, contohnya anjing, arnab, lembu, kucing, beruang dan sebagainya.

Anjing

Arnab

Lembu

Kucing

Beruang

2) Haiwan berbulu pelepah, contohnya angsa, ayam, itik dan semua jenis burung.

Angsa

Ayam

Itik

Burung

B) Haiwan bersisik

Haiwan bersisik juga dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:

1) Haiwan bersisik di seluruh badan, contohnya ikan, ular, biawak, buaya, tenggiling dan sebagainya.

Ikan

Ular

Buaya

Biawak

Tenggiling

2) Haiwan bersisik di kaki sahaja, contohnya angsa, ayam, itik dan semua jenis burung.

Kaki angsa

Kaki itik

Kaki ayam
  
Kaki burung
C) Haiwan bercangkerang.

Haiwan bercangkerang termasuk siput, kerang, tiram, kura-kura, penyu dan sebagainya.
Siput

Kerang

Tiram

Kura-kura

Penyu

D) Haiwan berkepak.

Haiwan yang mempunyai kepak untuk membolehkannya terbang. Haiwan berkepak boleh dibahagikan kepada:

1) Haiwan berkepak dua seperti ayam, kelawar, burung, lalat dan sebagainya.


Kelawar

Lalat

2) Haiwan berkepak empat seperti kumbang, rama-rama, lipas, pepatung dan sebagainya.

Kumbang

Rama-rama

Lipas

Pepatung

E) Haiwan berkaki.

Haiwan berlainan mempunyai bilangan kaki yang berbeza. Haiwan berkaki boleh dibahagikan kepada:

1) Haiwan berkaki dua seperti burung unta, penguin dan sebagainya.

Burung unta

Penguin

2) Haiwan berkaki empat seperti gajah, kuda, singa dan sebagainya.

Gajah

Kuda

Singa

3) Haiwan berkaki enam seperti semut, lipas, mentadak, kumbang dan sebagainya.


Semut

Mentadak

4) Haiwan berkaki lapan seperti labah-labah, kala jengking, tungau dan sebagainya.

Labah-labah

Kala jengking

Tungau

5) Haiwan banyak kaki seperti lipan, udang, ketam dan sebagainya.

Lipan
Udang


Ketam

Ada sesetengah haiwan yang tidak berkaki, misalnya cacing, ular, kerang, tiram dan siput

Cacing