Monday 28 November 2011

Pembiakan Secara Melahirkan Anak

Contoh-contoh haiwan yang membiak secara melahirkan anak adalah seperti berikut:-

Kambing (bahasa Inggeris goat) ialah salah satu haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Capra aegagrus hircus. Kambing merujuk secara umum kepada haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan bertulang belakang (vertebrat), kelas mamalia. Kambing adalah haiwan berdarah panas. Kambing membiak dengan cara melahirkan anak dan menjaga anaknya sehingga dewasa. Penjagaan yang rapi serta betul perlulah diberikan sewaktu kambing ingin melahirkan anak. Tindakan-tindakan kambing sewaktu melahirkan anak dan selepas melahirkan anak ada menunjukkan perbezaan. Namun, terdapat juga kambing yang kurang mahir menjaga anak yang baru dilahirkan kerana keletihan (kambing bunting kali pertama).

Badak cipan berasal daripada famili Tapiridae dalam order Perissodactyla. Terdapat empat spesies badak cipan yang boleh ditemui. Badak cipan Malaya (Tapirus indicus) boleh ditemui di Asia Tenggara sementara tiga spesies lagi iaitu Mountain Tapir (Tapirus pinchaque), Lowland Tapir (Tapirus terestis) dan Baird's Tapir (Tapirus bairdii) boleh ditemui di kawasan "Neotropics". Badak cipan dipercayai hidup secara bersendirian. Hanya badak cipan betina dan anaknya boleh dilihat bersama-sama. Secara umumnya seekor anak badak cipan akan lahir pada setiap 2 tahun iaitu selepas 13 bulan bunting. Jangka hayat bagi haiwan ini dianggarkan 30 tahun. Struktur gigi dan sistem penghadzamannya adalah diadaptasi untuk meragut. Biasanya badak cipan akan memakan puncak kayu pelbagai pokok dan belukar. Haiwan ini juga memakan pokok yang berbuah dan berbiji.

Musang ialah sejenis mamalia jenis karnivor yang hidup didarat, sebahagian besarnya daripada  famili Viverridar. Ia sejenis binatang yang liar tetapi tidak buas, sangat licik dan pengecut. Rupanya seperti kucing tetapi tubuhnya besar dan bertindak aktif pada waktu malam. Musang adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak dan mempunyai bulu di badan. Musang ini hidup di dalam hutan dan kadangkala memasukki perkampungan kecil mencari ayam untuk dijadikan mangsanya. Ada sesetengah jenis musang hidup diatas pokok dan membuat sarang di celah dahan pokok. Musang  aktif pada waktu malam untuk memburu mangsanya seperti ayam, itik dan haiwan yang lebih kecil daripadanya. Bagi jenis musang pulut aktif pada siang hari di dalam hutan untuk mencari buah-buahan. Binatang jenis ini sangat pandai dan cekap memanjat pokok.

Paus hidup di lautan tetapi tidak tergolong dalam keluarga ikan. Ikan paus adalah mamalia dalam kelompok cetacea. Sebagaimana haiwan mamalia yang lain, ikan paus mempunyai ciri-ciri seperti bernafas melalui paru-paru, mempunyai bulu (kurang berbanding haiwan darat, hampir tiada bagi paus dewasa), berdarah panas, mempunyai organ penyusuan dan menyusukan anak dan mempunyai empat ruang jantung. Pada masa kini, terdapat dua jenis ikan paus iaitu paus Odontoceti (paus bergigi) dan paus Baleen (Mysticeti). Paus Odantoceti yang bergigi merupakan pemangsa yang memakan ikan, sotong dan mamalia marin (laut), mempunyai satu lubang pancut pernafasan. Paus Baleen bersaiz lebih besar daripada paus bergigi dan mempunyai struktur yang dikenali sebagai baleen yang berbentuk sikat, untuk menyaring plankton daripada air dan mempunyai dua lubang pancut pernafasan.

Siamang merupakan sejenis haiwan terlindung yang tergolong dalam keluarga beruk. Nama sainsnya Hylobates syndactalus. Bulu siamang berwarna hitam atau perang kemerah-merahan. Mereka hidup berkumpulan antara enam hingga tujuh ekor. Siamang jantan lebih besar berbanding siamang bentina dan bersikap agresif apabila diganggu. Sewaktu terdapat bahaya, siamang betina akan mengeluarkan suara yang nyaring dan diikuti oleh siamang jantan selama tiga hingga lima belas minit. Siamang mahir bergayut tetapi pergerakannya terhad di atas tanah. Siamang betina berjalan tegak dangan sebelah kaki depannya diangkat serta diletakkan dibelakang kepalanya manakala siamang jantan berjalan dengan sokongan sepasang kaki depan. Siamang mampu melahirkan seekor anak setahun jika tiada gangguan persekitarannya. Akan tetapi sekiranya terdapat gangguan habitat seperti penebangan hutan, kelahiran hanya berlaku tiga tahun sekali. Siamang jantan akan menjaga anak sebaik bercerai susu.

Kelawar, kucing, kuda, tikus, anjing, ikan lumba-lumba dan sebagainya juga merupakan haiwan-haiwan yang membiak secara melahirkan anak

Sunday 27 November 2011

Pembiakan Secara Bertelur

Pengenalan awal mengenai haiwan-haiwan yang membiak secara bertelur telah diberikan pada tempoh hari menerusi tayangan video melalui You Tube yang berjudul "What animals lay eggs?". Sekarang, tibalah masa untuk kita sama-sama mengenali dengan lebih lanjut apakah haiwan-haiwan yang membiak secara bertelur?


Penguin (Sphenisciformes, famili Spheniscidae) merupakan sejenis burung akuatik yang tidak dapat terbang dan hidup di tempat yang sejuk seperti Kutub Selatan.  Penguin merupakan satu spesis burung yang mempunyai tahap komunikasi yang paling tinggi berbanding spesis yang lain. Spesis penguin yang terbesar adalah Emperor dan The King. Tinggi penguin adalah 4 kaki (1.2 meter). Penguin mampu hidup selama 15 - 20 tahun dan beratnya adalah 40 kg. Setiap penguin akan mengeluarkan bunyinya yang tersendiri sebagai tanda pengenalan. Setiap bunyi yang dikeluarkan adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain. Penguin hanya akan bertelur sebanyak dua atau sebiji sahaja. Pemangsa terbesar dan paling merbahaya bagi penguin adalah singa laut.


Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan. Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan. Penyu digolongkan di dalam haiwan vertabrata (bertulang belakang), kelas reptilia sama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercangkarang), bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang mengikut suhu persekitaran, bertelur dan merupakan haiwan marin. Penyu menggunakan paru-paru untuk bernafas. Di Malaysia, Rantau Abang, Terengganu, merupakan salah satu daripada 4 tempat penyu Belimbing mendarat untuk bertelur.



Platipus atau Mallangong (Orinithorhynchus anatinus) ialah mamalia separa-akautik kecil endemik di bahagian timur Australia dan satu dari empat unjuran monotreme, kumpulan mamalia tunggal yang bertelur dan bukannya beranak (tiga yang lain adalah echidnas). Ia merupakan wakil tunggal bagi keluarga Ornithorhynchidae dan genus Ornithorhynchus, walaupun fossil keluarga berkait telah dijumpai, sebahagian mereka juga tergolong dalam genus Ornithorhynchus. Nama saintifik Ornithorhynchus secara harafiahnya bererti "hidung burung" dalam bahasa Yunani dan anatinus bererti "itik". Nama biasanya bererti "kaki leper" dan asalnya diberikan sebagai nama genus Linnaean, tetapi ia kemudiannya diketahui telahpun diberikan kepada Kumbang Ambrosia pengorek kayu.


Burung Merak Hijau (bahasa Inggeris: Green Peafowl) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Pavo muticus. Burung Merak Hijau adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas burung. Dalam aturan, tergolong dalam keluarga burung. Burung Merak Hijau adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi. Jantung Burung Merak Hijau terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dekenali sebagai ventrikel. Sebagai burung, Burung Merak Hijau membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

 
Burung Unta merupakan burung terbesar yang masih hidup. Dengen ketinggian sehingga 2.5 meter (8 kaki). Burung ini tidak boleh terbang dan termasuk dalam kumpulan primitif yang kurang dikenali iaitu ratit (Palaeognaths). Nama sainsnya Struthio camelus. Burung unta berasal dari savana dan separa-gurun Afrika di utara dan selatan zon hutan khatulistiwa. Burung unta adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Bulu pelepah mereka tidak berfungsi sebagai kerajang utara, tetapi pernah popular sebagai hiasan topi wanita dan sebagainya. Paruhnya tidak bergigi. Burung unta mempunyai leher yang panjang dan mampu memecut sehingga 65 kilometer sejam (40 batu sejam). Burung unta terkenal dengan sarang masyarakat dimana beberapa ekor burung betina akan bertelur dalam satu sarang untuk diramkan oleh betina alpha pada waktu siang dan jantan pada waktu malam. Telur burung unta adalah telur terbesar. 

Selain daripada contoh-contoh yang diberikan di atas, haiwan-haiwan seperti ayam, buaya, katak, ikan, ketam, lipas, cacing dan sebagainya juga membiak secara bertelur. 

Thursday 17 November 2011

Cara Pembiakan Haiwan

Cara pembiakan haiwan boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:-
  1. Pembiakan secara bertelur
  2. Pembiakan secara melahirkan anak.
Secara pengenalan awal, haiwan-haiwan yang membiak secara bertelur boleh diperkenalkan menerusi tayangan video melalui You Tube.


Begitu juga dengan haiwan-haiwan yang membiak secara melahirkan anak. Marilah kita bersama-sama menontonnya.....

Monday 7 November 2011

Ciri-Ciri Haiwan

Ciri-ciri haiwan juga boleh digunakan untuk mengelaskan haiwan. Antara ciri-ciri tersebut ialah tempat hidup haiwan (habitat), tabiat makan haiwan dan cara pembiakannya.

Habitat

Habitat ialah tempat haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup secara semula jadi. Ada haiwan yang hidup di dalam air sahaja, ada haiwan yang hanya boleh hidup di darat sahaja dan ada pula haiwan yang boleh hidup di kedua-dua tempat, iaitu di darat dan di dalam air.

Contoh-contoh haiwan yang hidup di dalam air sahaja dapat kita lihat melalui Power Point yang telah disediakan.

Manakala contoh-contoh haiwan yang hidup di darat sahaja dapat dilihat melalui "slide show" yang disediakan.

Begitu juga dengan contoh-contoh haiwan yang hidup di darat dan air.