Saturday, 29 October 2011

Haiwan Vertebrata

Haiwan vertebrata adalah kumpulan haiwan yang mempunyai tulang belakang. Dalam sistem pengekelasan saintifik, haiwan vertebrata merupakan subfilum dari filum chordata. Haiwan vertebrata mempunyai tulang yang terentang dari belakang kepala hingga bahagian ekor, mempunyai otak yang dilindungi oleh tengkorak, mempunyai kepala, leher, badan dan ekor.

Haiwan vertebrata juga mempunyai tubuh bersimetri bilateral dan sistem tubuh yang beruas juga mempunyai endoskeleton dan tulang belakang sebagai penguat dan dilapisi otot-otot yang melekat pada kerangka. Untuk penerangan yang lebih lanjut, bolehlah menonton video melalui You Tube yang berjudul " Vertebrate Animals"


Haiwan bertulang belakang (vertebrata) boleh dibahagi kepada lima kelas mengikut sifat fizikal dan cirinya, iaitu:  
  1. Ikan
  2. Amfibia
  3. Reptilia
  4. Burung
  5. Mamalia
1. Ikan
Sifat fizikal
  1. Hidup di dalam air
  2. Badan bersimetri bilateral
  3. Mempunyai sisik dan berlendir
  4. Mempunyai sirip untuk bergerak
  5. Bernafas melalui insang
  6. Membiak secara bertelur
  7. Berdarah sejuk
Contoh haiwan : Ikan emas


2. Amfibia
Sifat fizikal
  • Hidup di darat dan air
  • Mempunyai kulit yang lembap
  • Bertelur di dalam air
  • Kaki belakang berotot kuat
  • Mempunyai selaput renang pada kaki
  • Telur tiada cangkerang
  • Peringkat anak dipanggil berudu, hidup di dalam air dan bernafas melalui insang dan apabila dewasa hidup di darat dan bernafas menggunakan paru-paru
  • Berdarah sejuk
  • Mempunyai jantung tiga ruang ( 1 ventrikal, 2 atrium)
  • Mempunyai struktur gigi, iaitu gigi maxilla dan gigi palatum
  • Kulit memiliki dua kelenjar iaitu kelenjar mukosa dan kelenjar berbintil (biasanya beracun)
  • Mempunyai kelopak mata dan kelenjar air mata yang berkembang baik
  • Pada mata terdapat membran nictitans yang berfungsi untuk melindungi mata dari debu, kekeringan dan keadaan lain yang menyebabkan kerosakan pada mata
  • Mempunyai selaput renang pada kaki
Contoh haiwan : Katak
3. Reptilia
Sifat fizikal
  • Kulit bersisik dan kering
  • Bernafas melalui peparu
  • Bertelur dan telur bercangkerang keras
  • Sesetengah reptilia berkaki empat dan sesetengahnya tidak berkaki (ular)
  • Berdarah sejuk (berubah mengikut suhu persekitaran)
  • Mempunyai jantung 4 ruang (ventrkal kanan dan kiri tidak sempurna menyebabkan percampuran darah berlaku)
  • Kulitnya kering dan bersisik keras
Contoh haiwan : Kadal kebun



4. Burung
Sifat fizikal
  • Badan dilitupi bulu pelepah
  • Mempunyai paruh dan sepasang sayap
  • Mempunyai sisik pada kaki
  • Bertelur dan telur dilitupi cangkerang
  • Bernafas melalui paru-paru
  • Berdarah panas
Contoh haiwan : Kiwi


5. Mamalia
Sifat fizikal
  • Badan dilitupi bulu
  • Mempunyai cuping telinga
  • Mempunyai kelenjar peluh
  • Mamalia betina melahirkan dan menjaga anak kecuali yang primitif
  • Bernafas melalui paru-paru
  • Berdarah panas( suhu badan tetap)
  • Mempunyai jantung empat ruang yang sempurna
  • Mempunyai saraf tunjang
  • Badan dilitupi bulu
  • Mempunyai kelenjar susu
Contoh haiwan : Monyet

0 comments:

Post a Comment