Haiwan vertebrata juga mempunyai tubuh bersimetri bilateral dan sistem tubuh yang beruas juga mempunyai endoskeleton dan tulang belakang sebagai penguat dan dilapisi otot-otot yang melekat pada kerangka. Untuk penerangan yang lebih lanjut, bolehlah menonton video melalui You Tube yang berjudul " Vertebrate Animals"
Haiwan bertulang belakang (vertebrata) boleh dibahagi kepada lima kelas mengikut sifat fizikal dan cirinya, iaitu:
- Ikan
- Amfibia
- Reptilia
- Burung
- Mamalia
1. Ikan
Sifat fizikal
- Hidup di dalam air
- Badan bersimetri bilateral
- Mempunyai sisik dan berlendir
- Mempunyai sirip untuk bergerak
- Bernafas melalui insang
- Membiak secara bertelur
- Berdarah sejuk
Contoh haiwan : Ikan emas
2. Amfibia
Sifat fizikal
- Hidup di darat dan air
- Mempunyai kulit yang lembap
- Bertelur di dalam air
- Kaki belakang berotot kuat
- Mempunyai selaput renang pada kaki
- Telur tiada cangkerang
- Peringkat anak dipanggil berudu, hidup di dalam air dan bernafas melalui insang dan apabila dewasa hidup di darat dan bernafas menggunakan paru-paru
- Berdarah sejuk
- Mempunyai jantung tiga ruang ( 1 ventrikal, 2 atrium)
- Mempunyai struktur gigi, iaitu gigi maxilla dan gigi palatum
- Kulit memiliki dua kelenjar iaitu kelenjar mukosa dan kelenjar berbintil (biasanya beracun)
- Mempunyai kelopak mata dan kelenjar air mata yang berkembang baik
- Pada mata terdapat membran nictitans yang berfungsi untuk melindungi mata dari debu, kekeringan dan keadaan lain yang menyebabkan kerosakan pada mata
- Mempunyai selaput renang pada kaki
Contoh haiwan : Katak
3. Reptilia
Sifat fizikal
- Kulit bersisik dan kering
- Bernafas melalui peparu
- Bertelur dan telur bercangkerang keras
- Sesetengah reptilia berkaki empat dan sesetengahnya tidak berkaki (ular)
- Berdarah sejuk (berubah mengikut suhu persekitaran)
- Mempunyai jantung 4 ruang (ventrkal kanan dan kiri tidak sempurna menyebabkan percampuran darah berlaku)
- Kulitnya kering dan bersisik keras
Contoh haiwan : Kadal kebun
4. Burung
Sifat fizikal - Badan dilitupi bulu pelepah
- Mempunyai paruh dan sepasang sayap
- Mempunyai sisik pada kaki
- Bertelur dan telur dilitupi cangkerang
- Bernafas melalui paru-paru
- Berdarah panas
Contoh haiwan : Kiwi
5. Mamalia
Sifat fizikal
- Badan dilitupi bulu
- Mempunyai cuping telinga
- Mempunyai kelenjar peluh
- Mamalia betina melahirkan dan menjaga anak kecuali yang primitif
- Bernafas melalui paru-paru
- Berdarah panas( suhu badan tetap)
- Mempunyai jantung empat ruang yang sempurna
- Mempunyai saraf tunjang
- Badan dilitupi bulu
- Mempunyai kelenjar susu
Contoh haiwan : Monyet
2 comments:
terima kasih.sesuatu yg amat berfaedah utk rujukan.
bagus .....
Post a Comment