Sunday 27 November 2011

Pembiakan Secara Bertelur

Pengenalan awal mengenai haiwan-haiwan yang membiak secara bertelur telah diberikan pada tempoh hari menerusi tayangan video melalui You Tube yang berjudul "What animals lay eggs?". Sekarang, tibalah masa untuk kita sama-sama mengenali dengan lebih lanjut apakah haiwan-haiwan yang membiak secara bertelur?


Penguin (Sphenisciformes, famili Spheniscidae) merupakan sejenis burung akuatik yang tidak dapat terbang dan hidup di tempat yang sejuk seperti Kutub Selatan.  Penguin merupakan satu spesis burung yang mempunyai tahap komunikasi yang paling tinggi berbanding spesis yang lain. Spesis penguin yang terbesar adalah Emperor dan The King. Tinggi penguin adalah 4 kaki (1.2 meter). Penguin mampu hidup selama 15 - 20 tahun dan beratnya adalah 40 kg. Setiap penguin akan mengeluarkan bunyinya yang tersendiri sebagai tanda pengenalan. Setiap bunyi yang dikeluarkan adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain. Penguin hanya akan bertelur sebanyak dua atau sebiji sahaja. Pemangsa terbesar dan paling merbahaya bagi penguin adalah singa laut.


Penyu merupakan sejenis haiwan yang mempunyai cangkerang keras di bahagian belakang dengan kaki pendayung di hadapan. Ini menjadikan penyu sebagai haiwan yang tangkas berenang di dalam air tetapi kekok untuk bergerak di daratan. Penyu digolongkan di dalam haiwan vertabrata (bertulang belakang), kelas reptilia sama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercangkarang), bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang mengikut suhu persekitaran, bertelur dan merupakan haiwan marin. Penyu menggunakan paru-paru untuk bernafas. Di Malaysia, Rantau Abang, Terengganu, merupakan salah satu daripada 4 tempat penyu Belimbing mendarat untuk bertelur.



Platipus atau Mallangong (Orinithorhynchus anatinus) ialah mamalia separa-akautik kecil endemik di bahagian timur Australia dan satu dari empat unjuran monotreme, kumpulan mamalia tunggal yang bertelur dan bukannya beranak (tiga yang lain adalah echidnas). Ia merupakan wakil tunggal bagi keluarga Ornithorhynchidae dan genus Ornithorhynchus, walaupun fossil keluarga berkait telah dijumpai, sebahagian mereka juga tergolong dalam genus Ornithorhynchus. Nama saintifik Ornithorhynchus secara harafiahnya bererti "hidung burung" dalam bahasa Yunani dan anatinus bererti "itik". Nama biasanya bererti "kaki leper" dan asalnya diberikan sebagai nama genus Linnaean, tetapi ia kemudiannya diketahui telahpun diberikan kepada Kumbang Ambrosia pengorek kayu.


Burung Merak Hijau (bahasa Inggeris: Green Peafowl) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Pavo muticus. Burung Merak Hijau adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrata), kelas burung. Dalam aturan, tergolong dalam keluarga burung. Burung Merak Hijau adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi. Jantung Burung Merak Hijau terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dekenali sebagai ventrikel. Sebagai burung, Burung Merak Hijau membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

 
Burung Unta merupakan burung terbesar yang masih hidup. Dengen ketinggian sehingga 2.5 meter (8 kaki). Burung ini tidak boleh terbang dan termasuk dalam kumpulan primitif yang kurang dikenali iaitu ratit (Palaeognaths). Nama sainsnya Struthio camelus. Burung unta berasal dari savana dan separa-gurun Afrika di utara dan selatan zon hutan khatulistiwa. Burung unta adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Bulu pelepah mereka tidak berfungsi sebagai kerajang utara, tetapi pernah popular sebagai hiasan topi wanita dan sebagainya. Paruhnya tidak bergigi. Burung unta mempunyai leher yang panjang dan mampu memecut sehingga 65 kilometer sejam (40 batu sejam). Burung unta terkenal dengan sarang masyarakat dimana beberapa ekor burung betina akan bertelur dalam satu sarang untuk diramkan oleh betina alpha pada waktu siang dan jantan pada waktu malam. Telur burung unta adalah telur terbesar. 

Selain daripada contoh-contoh yang diberikan di atas, haiwan-haiwan seperti ayam, buaya, katak, ikan, ketam, lipas, cacing dan sebagainya juga membiak secara bertelur. 

1 comments:

Unknown said...

bagus saya sangat menyokong

Post a Comment