Monday 28 November 2011

Pembiakan Secara Melahirkan Anak

Contoh-contoh haiwan yang membiak secara melahirkan anak adalah seperti berikut:-

Kambing (bahasa Inggeris goat) ialah salah satu haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Capra aegagrus hircus. Kambing merujuk secara umum kepada haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan bertulang belakang (vertebrat), kelas mamalia. Kambing adalah haiwan berdarah panas. Kambing membiak dengan cara melahirkan anak dan menjaga anaknya sehingga dewasa. Penjagaan yang rapi serta betul perlulah diberikan sewaktu kambing ingin melahirkan anak. Tindakan-tindakan kambing sewaktu melahirkan anak dan selepas melahirkan anak ada menunjukkan perbezaan. Namun, terdapat juga kambing yang kurang mahir menjaga anak yang baru dilahirkan kerana keletihan (kambing bunting kali pertama).

Badak cipan berasal daripada famili Tapiridae dalam order Perissodactyla. Terdapat empat spesies badak cipan yang boleh ditemui. Badak cipan Malaya (Tapirus indicus) boleh ditemui di Asia Tenggara sementara tiga spesies lagi iaitu Mountain Tapir (Tapirus pinchaque), Lowland Tapir (Tapirus terestis) dan Baird's Tapir (Tapirus bairdii) boleh ditemui di kawasan "Neotropics". Badak cipan dipercayai hidup secara bersendirian. Hanya badak cipan betina dan anaknya boleh dilihat bersama-sama. Secara umumnya seekor anak badak cipan akan lahir pada setiap 2 tahun iaitu selepas 13 bulan bunting. Jangka hayat bagi haiwan ini dianggarkan 30 tahun. Struktur gigi dan sistem penghadzamannya adalah diadaptasi untuk meragut. Biasanya badak cipan akan memakan puncak kayu pelbagai pokok dan belukar. Haiwan ini juga memakan pokok yang berbuah dan berbiji.

Musang ialah sejenis mamalia jenis karnivor yang hidup didarat, sebahagian besarnya daripada  famili Viverridar. Ia sejenis binatang yang liar tetapi tidak buas, sangat licik dan pengecut. Rupanya seperti kucing tetapi tubuhnya besar dan bertindak aktif pada waktu malam. Musang adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak dan mempunyai bulu di badan. Musang ini hidup di dalam hutan dan kadangkala memasukki perkampungan kecil mencari ayam untuk dijadikan mangsanya. Ada sesetengah jenis musang hidup diatas pokok dan membuat sarang di celah dahan pokok. Musang  aktif pada waktu malam untuk memburu mangsanya seperti ayam, itik dan haiwan yang lebih kecil daripadanya. Bagi jenis musang pulut aktif pada siang hari di dalam hutan untuk mencari buah-buahan. Binatang jenis ini sangat pandai dan cekap memanjat pokok.

Paus hidup di lautan tetapi tidak tergolong dalam keluarga ikan. Ikan paus adalah mamalia dalam kelompok cetacea. Sebagaimana haiwan mamalia yang lain, ikan paus mempunyai ciri-ciri seperti bernafas melalui paru-paru, mempunyai bulu (kurang berbanding haiwan darat, hampir tiada bagi paus dewasa), berdarah panas, mempunyai organ penyusuan dan menyusukan anak dan mempunyai empat ruang jantung. Pada masa kini, terdapat dua jenis ikan paus iaitu paus Odontoceti (paus bergigi) dan paus Baleen (Mysticeti). Paus Odantoceti yang bergigi merupakan pemangsa yang memakan ikan, sotong dan mamalia marin (laut), mempunyai satu lubang pancut pernafasan. Paus Baleen bersaiz lebih besar daripada paus bergigi dan mempunyai struktur yang dikenali sebagai baleen yang berbentuk sikat, untuk menyaring plankton daripada air dan mempunyai dua lubang pancut pernafasan.

Siamang merupakan sejenis haiwan terlindung yang tergolong dalam keluarga beruk. Nama sainsnya Hylobates syndactalus. Bulu siamang berwarna hitam atau perang kemerah-merahan. Mereka hidup berkumpulan antara enam hingga tujuh ekor. Siamang jantan lebih besar berbanding siamang bentina dan bersikap agresif apabila diganggu. Sewaktu terdapat bahaya, siamang betina akan mengeluarkan suara yang nyaring dan diikuti oleh siamang jantan selama tiga hingga lima belas minit. Siamang mahir bergayut tetapi pergerakannya terhad di atas tanah. Siamang betina berjalan tegak dangan sebelah kaki depannya diangkat serta diletakkan dibelakang kepalanya manakala siamang jantan berjalan dengan sokongan sepasang kaki depan. Siamang mampu melahirkan seekor anak setahun jika tiada gangguan persekitarannya. Akan tetapi sekiranya terdapat gangguan habitat seperti penebangan hutan, kelahiran hanya berlaku tiga tahun sekali. Siamang jantan akan menjaga anak sebaik bercerai susu.

Kelawar, kucing, kuda, tikus, anjing, ikan lumba-lumba dan sebagainya juga merupakan haiwan-haiwan yang membiak secara melahirkan anak

0 comments:

Post a Comment